Thursday, June 30

Bukan kadang-kadang, tapi selalu.

Hari yang baik, semoga sentiasa diberkati oleh Allah :)

Aku berjalan semalam, naik bas, LRT, KTM.. Melihat manusia. Bukan selalu, tapi kadang-kadang. Sebab, kadang-kadang je aku ada temu janji dengan Dr Chua, doktor braces aku. Tapi, disebabkan kadang-kadang aku itulah, aku selalu berfikir. Manusia memang sibuk dalam tugas seharian mereka. Bayangkan, kalau seorang pelajar. Rutin seharian mereka yang utama: Bangun, solat (ini kalau yang solat lah), siap diri, pergi sekolah/kolej/universiti, balik, solat (bagi yang solat lah), short nap, homework, chores, tengok TV sikit, online sikit, tidur.. dan begitulah selanjutnya. Aktiviti barangkali berbeza ye, mengikut hari. Hari minggu mungkin berlainan pula suasananya.

Lain pula bagi yang dah berkahwin. Mungkin lebih hectic dan memenatkan. Bangung pagi, settle anak-anak/suami, pergi kerja (kalau kerja, kalau tak kerja pergi pasar ke), balik kerja, ambil anak, kemas rumah, gosok baju, masak dinner etc etc. To write those daily routines, bored me, even. Memang membosankan. Kadang-kadang aku terfikir, itu sahajakah tugas kita? Sampai mati macam tu? Hmmph, fikir sekejap.

Okay, kalau ikut hari-hari aku. Mari bermula aku ambil result IB next week. Result, masuk universiti, ambil ijazah dalam perubatan, berjaya, graduasi, menjadi doktor, kerja dan kerja, kahwin, dapat anak, jaga anak dan kerja, okay, suami pun kena jaga jugak. Badan dan kesihatan pun kena jaga. Anak dah besar, okay, teruslah, anak dah berjaya, kahwin, dapat cucu. Jaga cucu.. kalau tak panjang umur, mungkin pergi dulu.

Itu sahaja? Bosan kot, hidup macam tu.

P/S : Post kali ini, penuh dengan isi tersurat. Sila cari sendiri ye.

2 comments:

imah said...

tersurat ea.. aku nampak!! kena jaga suami ^^ huhuhu

anggun said...

huiii.. haha.. emo btol kau..haha