Saturday, February 5

; Cubaan pertama, dan seterusnya.


Assalamualaikum wbt.

Ada yang tidak selesai lagi tentang masalah hati aku. Aku rasa selesa. Terlalu selesa dengan keadaan aku sekarang. Itu bukannya, suatu perkara baik pun. Aku masih tak menjalankan dakwah, yang sepatutnya, aku wajib pikul. Tapi, aku selalu saja lalai. Lalai dengan keseronokan dunia. Entah kenapa, aku sentiasa tersungkur jatuh dengan godaan syaitan. Teruk betul.

Aku berapa kali memikirkan tentang IPK. Aku nangis. Tapi, adakah airmata itu cukup untuk aku sedar peranan yang haru lakukan? Aku melihat kesilapan manusia, namun, aku sendiri melakukannya. Aku tahu. Aku sedar, sememangnya, aku sendiri perlu mendahului nafsu aku.

Tiap kali aku ada masalah hati, bosannya ia melibatkan perasaan fitrah perempuan terhadap lelaki. Jangan salahkan fitrah. Itu kasih sayang Allah. Dia sedang menguji aku. Alhamdulillah, senipis iman aku ini, aku cuba jauhkan pencemaran perasaan, walaupun, engkau, dan aku tahu, itu bukanlah perkara mudah. Sedang melihat dia pun hati sudah berdebar-debar. Apakah kau mengira kau beriman sedangkan engkau tak diuji? Aku beriman, sesungguhnya, letaklah aku dalam kalangan orang beriman, dan ujilah aku. Tapi, aku minta Pencipta aku, agar Engkau leburkan kelemahan dan teguhkanlah kekuatan agar aku dapat menangani ujian Engkau.

Sakit hati. Sedih. Kecewa. Itu yang aku dengar daripada jiwa manusia tentang cinta. Sekejap, aku rasakan indah. Tapi keindahan nafsu itu, hanyalah berpaksikan penipuan syaitan semata-mata. Airmata, yang mereka bazirkan kerana perihal cinta duniawi, melemaskan aku. Aku juga mengatakan hal yang sama tentang diri aku. Aku pernah jatuh cinta. Aku pernah merasakan apa yang orang rasakan. Cuma, aku sorokkan perasaan itu, agar aku kecapi erti pengorbanan kepada cinta hamba kepada Tuhannya.

Semoga, airmata yang mengalir selepas ini, hanyalah kerana Mu.

No comments: