Wednesday, December 8

; Untuk sekuriti hidup, aku buat.


Hello mamalia.

Aku baru terbaca, blog Sufian Abas. Aku suka dia, dia hebat. Kalau Taf Teh, dan Di'andi mungkin tak capai rating aku lagi. Dia penulis yang jujur, dan menggunakan Bahasa Melayu yang betul. Mungkin ada segenap baris yang dia poyo saja nak tunjuk buku dia universal, dan dia guna term English. Mungkin aku pun poyo. Tapi poyo itu hebat, kan?

Hari ini, aku nak habiskan esei TOK aku, gila. Ini betul gila. Nasib baik aku suka kau, TOK. Dan aku buat untuk masa depan aku. Untuk hari ini saja, aku dah baca pasal Euclid (dia orang hebat dalam axiom, kalau kau tak tahu), Al-Ghazali (ini kalau kau tak tahu juga, kau memang kena gantung diri kat kipas bilik kau), dan Rene Descartes (aku dah malas nak ingat siapa dia ni).

Tiba-tiba, aku rasa hebat dapat baca tentang tokoh-tokoh hebat ni. Mungkin kau pun patut cuba, luangkan masa jelajah laman yang berguna, daripada melangut di laman web Yahudi terlaris masa kini, aku pun cakap pasal diri sendiri.

Aku mahu beli buku lagi, kali ini, aku nak cuba Palahniuk.


No comments: