Wednesday, December 23

; Hati ini milikNYA.



Salam, Hello.

Aku rasa nak bermonolog kali ini kepada diri sendiri. Aku tahu, bunyi macam seorang bimbo kekecewaan walaupun aku memang jauh sekali rupa bimbo. Tapi, aku tak kisah. Sebab semua orang punya spot lembut (soft-spot) mereka. Dah lama rasanya, tak tulis dari hati yang penuh tanda tanya, kemusykilan. Bukan itu motif utama. Namun saat aku benar-benar perlukan tempat untuk menulis dahulunya, aku tulis di atas sehelai kertas dan meluahkan segala-galanya. Lepas itu, aku buangkannya dengan harapan aku rasa lega kerana segalanya sudah aku lemparkan keluar.

Aku rasa kehadiran perasaan itu kembali lagi. Rasa nak mencarut, tapi, macam entah apa-apa pula. Rasa macam nak salahkan orang lain, tak ada kaitan. Salah kan diri sendiri sebab terjatuh hati? Tak boleh juga. Sebab fitrah manusia untuk tersuka, terindu, tersayang, tercinta ataupun terbenci? Sesungguhnya, ALLAH juga yang memegang hati-hati ini. Biarlah, orang hendak kata apa. Aku penat memikirkan kata orang yang hanya akan menyekat pemikiran terbaik aku. Penat fikirkan tentang orang yang entah betul atau tidak fakta yang telah diberi.

Hati aku, aku yang rasa. Aku tahu, aku tak patut biarkan hati ini terus dilayar dalam persona alam romantis ini. Aku tahu secukupnya. Sekali telah mengajar aku. Aku sendiri telah berjanji untuk tidak terjebak dengan alam fantasi ini. Hati ini telah aku doa supaya diikat kuat kerana perasaan itu hanya aku salurkan kepada Yang Maha Esa. Aku tahu aku tidaklah segigih Zulaikha ketika dia perlu menolak kembali cinta Yusuf. Atau aku tidaklah sekuat Siti Aishah menahan cemburu kepada Siti Khadijah. Dan aku tidaklah setabah Siti Fatimah mengharungi setiap pengorbanan demi Islam. Aku tak boleh jadi seperti mereka sepenuhnya, kerana naluri aku dalam putaran moden ini menahan fitrah dalaman aku untuk perlaku begitu. Duniawi kah aku?

Aku bukan memasang teater lakonan boneka di sini dan mungkin ramai di sana perkata yang sama. Bukan. Aku cuba pertahankan perasaan yang begitu kuatnya memberontak. Aku cuba. Dan aku masih mencuba. Kerana, aku tahu, Allah telah menyediakan sesuatu yang terbaik untuk aku. Kadang-kadang, aku ingin juga rasa seperti teman-teman aku yang lain. Tapi, ish tak mungkin lah, sebab aku tahu, jalan aku masih jauh.

Terima kasih teknologi aku ucapkan, kerana satu mesej dalam peti dalaman (inbox) yang mengingatkan aku tentang semua ini.

"Ingatlah bahawa, jika kamu tidak mempunyai teman lelaki atau telah ditinggalkan oleh seorang lelaki, maka hendaklah kamu bersyukur kerana Allah telah merampas kembali kasihNYA untuk kamu. Allah mahu menjaga kamu kerana Allah sayang akan kamu. Ingatlah juga, Allah rindukan rintihan kamu dan adu mu pada NYA. Allah ingin melindungi kamu sebelum kamu berjumpa dengan pasangan yang sebetulnya."


Maka, bersyukur la aku, tatkala aku membaca mesej ini. Mungkin aku terpilih untuk menjadi sesuatu dibawah lindunganNYA. Aku bersyukur sebab, Iza pun sama. Tapi, aku rasa terlambat sebab sahabat aku tapi ah, tak perlu lah aku bicara soal itu.

Mungkin ini hanya soal hati yang seringkali menjadi bahan utama syaitan untuk menghasut. Aku tau sebetulnya, isi hati dengan makanannya. Tapi, aku lemah, wanita yang masih perlukan bimbingan. Aku cari, aku jumpa, aku cuba, tapi aku lupa.

Aku masih pandang dia dari jauh. Walaupun kadang-kadang, dia dekat. Aku intip (stalk) dia, dan aku tau itu bodoh. Hmph, aku runsing. Benda remeh temeh dan bengong ini pun aku jadi tak tenang. Okay, aku akan cuba lupakan dia, walaupun aku tau benda itu cukup susah. Mana la tak nya, aku berada sekitar situ juga. Aku penat la. Aku tak nak, tapi, jadi juga. Letih tahu?

Aku tahu, bunyinya, sentimental juga paranoid. Aku cuba jadi absurd supaya kelihatan lebih main-main tapi, tak boleh, ini perkara serius melibatkan perasaan. Untuk aku, serius la, tapi, untuk kau semua, mungkin tak. Dah la, aku bunyi terlalu jiwang sekarang. Aku tak peduli. Yang aku tahu, dia telah mencuri pandangan aku.

And, it is unforgettable when you whisper to me, my name? Oh, I was sleepy then. Nonetheless, I will try to take care of this heart, because it happened as I promised to Allah.

The heart is belongs to ALLAH S.W.T.


"Ya Allah, jika aku jatuh cinta kepada kekasihMu, maka janganlah engkau biarkan cinta aku melebihi cinta haqiqi ke jalanMu, aku pohon, Ya Allah"


Aku telah terjatuh hati. Maaf.



Persoalan?
Adiba .

p/s ; Tidaklah seserius mana pun, cuba bagi aku, aku cuba untuk tidak.

1 comment:

ballqiszbelle said...

babe!!

aku rasa aku faham sgt!

thanks for the verse. sgt menusuk kalbu ku.....