Wednesday, October 14

; I want Adibah to answer next question.

Okay sangat. Aku tak tau la kenapa yang menjadi bahan ujikaji di hadapan kelas mesti aku. Bukan sahaja dalam kelas Mathematics, Chemistry mahupun Economics, aku seringkali diuji dgn pelbagai soalan yang kadang kala memang aku tak pernah nak faham. Haish, mungkin muka aku yang blur atau kabur-kabur ataupun lebih tepat mengantuk tahap nak kena baling kasut, agaknya?

Terima kasih kepada rakan semeja aku, Hard kerana sentiasa memastikan aku alert dengan panggilan nama aku. Aku panas la jugak bila kertas Maths aku jadi bahan dalam kelas, walaupun cikgu tak state kertas siapa. Tambah bengang bila, dibandingkan dengan Gordon. Heh, memang tak puas hati betul aku la masa tu. Nak cerita kat sini bahawa, paper orang lain teruk jugak kecuali Gordon. Tapi, kenapa mesti aku jugak yang kena? Pssst.

Aku cuba berfikir, merenung, dugaan apa yang Allah nak cube berikan kepada aku. Yang penting aku tau, atau memang aku perasan sorang-sorang, cikgu memang minat kat aku, KOT? Walaupun Cikgu Kamariah sentiasa dengan ketegasan beliau, tapi, at least aku menjadi tempat beliau meluahkan rasa tak puas hati dengan budak kelas aku, sebab mungkin aku ni out going sangat. Ataupun memang muka aku ni penyinar kelas? Aku tak pasti.

Cik Nisa, mahupun Rahil, ataupu Cik Hard jarang-jarang menjadi tembakan cikgu. Aku cemburu betul. Tapi, bila masa English, mulut aku ni pula non stop speeding. Agaknya, memang aku dah build up terlalu high communication skill. Susah jugak kalau tak boleh control cerita. Pok pek je.

Aku sedang menanti waktu genting. Waktu yang menentukan pencapaian aku di sini, sama ada aku menjadi bahan ujian ataupun menjadi sesuatu yang dinilai. Maka, aku serahkan segala keputusan itu kepada Allah SWT.

Aku takut tapi, dalam masa yang sama wujud sikap positif dalam diri, aku panggil dia Cik Melur.

Signifikan kah? Hmpph.

Apapun, mesti cari strategi nak pujuk Itri, baru terlepas cakap, dan rasa sangat bersalah. Teruk betul :(



Okay, chalo bette.

Deeb :)


No comments: