Wednesday, August 19

: Kenapa blog saya macam tak laku.

Sebab tuan punya blog sangat busy. Dan semua orang yang mengikuti kisah pahit manis si pemblog sudah merayau di serata Malaysia. Mencari ilmu, mengejar impian. Tidak cukup dengan itu, tuan punya blog juga sedang sibuk mengejar impiannya.

Jadi, untuk dipendekkan cerita pada hari ini. Saya tak mahu berkata bahawa Gordon duduk tepi saya hari ni (Gordon, classmate yang, orang kata hensem, saya tak kata) ataupun, Syasya dengan lagak gaya ustazah mempersembahkan ajarannya mahupun, markah kuiz Biology saya agak boleh kira dengan jari tangan juga ditambah dengan jari kaki ye. Nak juga cerita pasal si Faizul dan gaya orang biru nya.. Haishh. Too many. In fact, there are a lot more in mind.

Adapun sesungguhnya, esok si tuan punya blog bakal menghadapi kuiz Pure Math, ye, PURE MATHS, namun si tuan punya blog seperti tidak sedarkan diri. Dia ingat dia dah pandai. Oh, yeee. Pandai ke? Pandainyaaaaa. ALHAMDULILLAH. Nota ; itu merupakan doa hamba kepada Penciptanya.

Haaa, nak tambah lagi satu. Tiba-tiba tadi terdengar orang bercakap dialek utara. Memang tak boleh piii. It was good to hear such dialect since I've been missing each and every moment of my own in Perlis. Especially the dialect. Oh, yeee, lepas ni boleh dengar dia cakap utara hari-hari. Dia yang nak, saya tak suruh pun. Dia bermakna kawan baik saya, bernama Faizul okeh? Nak tambah apa-apa lagi? Dah, dah, penat dengar gosip, skandal mahupun ketidakpuashati-an.

Saya nak belajar PURE MATH dengan hati dan otak. Diikuti dengar sinar cahaya yang dibekaskan oleh-NYA. Ya Allah, bagilah aku semangat nak belajar Maths ni. Sesungguhnya, Pure Maths itu lebih mudah dan terlebih-lebih mudah dari setiap ujian yang Kau turun, maka berikanlah aku Hidayah ketika menjawab kuiz Math esok. Aminn. Yang lain, tolong Amin juga ye?

Nak nasi lemak. LAPAR :(



Adibah yang bijak, hebat, tekun dan solehah :P

2 comments:

wawa said...

x laku x per...kita menulis dari hati! ceewaahh!

oih..gud luck puremath...

datang2 la melawat ucsi!

ballqiszbelle said...

Amin....

huhuuu..You always give me such spirit while I am really in bad times....

thanks darl~