Tuesday, May 10

; 120 words in a minutes. Handwritten.


Cramming my fingers, writing those analysis about the Malay literature finally has ended. My brain was saturated with ideas. Next time, I should not do a mind mapping, the ideas flowed non-stop and I couldn't stop explaining one point. Alhamdulillah, Alhamdulillah, at least Allah gave me the ideas, rather than, lacking of it.

Lain kali, aku rasa, aku perlu berblogging dalam bahasa ibunda. Rindu betul, untuk tulis itu dan ini. Mungkin lain kali. Lagipun, itulah kali terakhir aku akan menulis 8 muka surat penuh tentang sastera Melayu. Bunyi macam hebat, bukan? Hmphh, pondering. Tulisan? Tak perlu aku rungkaikan, dah macam maggi goreng mamak.

Aku harap, pemeriksa mendapat cahaya hidayah untuk faham tulisan aku. Kursif kot. Blegh.

Okay, that was about Malay paper 1. Paper 2 is coming up in 5 days. A big gap. However, before I stepped into the hall, 'ehem' called me. Geds. Yes, a geds I am (Deebs dictionary: Geds; Gedik betul) But, as usual I was acting like normal girl. Simple smile, and replying the same. But, only Allah knows, the thumped in the heart. Ini lagi satu geds. Semalam nak buat ayat English bukan main berperah urat-urat otak aku.

Entahlah, aku keliru (jiwang, tapi betul). Dalam masa kurang dari 2 minggu, aku akan melangkah keluar dunia yang dulu aku anggap membosankan, tetapi hakikatnya, itulah kehidupan. Sesungguhnya, pengakhiran lebih baik dari permulaan (Surah Addhuha). Namun, pengakhiran ini merupakan permulan dan perlumbaan yang baru bagi aku. Cantik sungguh penyusunan kisah hidup aturan Allah. Meninggalkan hilai tawa, air mata, rindu, dan kasih sayang sahabat-sahabat di sini, merupakan, satu ujian Allah. Meninggalkan satu lagi jantung hati yang masih menjadi tanda tanya semua orang. Semoga, Allah sahaja yang tahu perasaan itu. Dan Dialah yang membuatkan kita menangis atau ketawa. Semua atas kuasa Allah.

Aku harap, aku masih dilindungi bawah kasih sayangNya, melalui sahabat-sahabat di sini. Dan semoga jika aku ada jodoh dengan 'dia', kami dipertemukan dalam cinta mencari cintaNya. Only Allah knows, I hope He listens to my prayer. Amin.

Cukup sentimental. Dah dah, sambung study.

Deeb /

1 comment:

imah said...

^^ aku harap allah pon `simpan' die untuk aku ^^

nak redha..