Tuesday, April 27

; Eh, aku rindu blogging.

Aku baru teringat waktu dulu, blog escapism aku. Sebab kononnya, aku sebagai pelajar International Baccalaureate yang berkaliber, entahlah, masa yang diperuntukkan untuk blog bagi aku boleh buat 1 soalan Maths yang standard level. Teruk, aku tahu. Tapi, nak buat macam mana, idea aku selalu hilang tengah jalan.

Aku rasa dalam setengah tahun pun tanpa blogging sebagai rutin harian aku. Banyak nak cerita, banyak nak kongsi. Ish, aku semakin hari, semakin celaru dengan hidup sendiri. Poyo bukan? Tapi, peduli apa aku? Aku dah terbiasa dengan confusion sebegini. Yang aku nak cerita antaranya :

Highlights :

1) Pen-pal
Aku ada pen-pal. Tak bukan berasal dari Amerika Utara mahupun Korea Selatan. Dia dari kelas E09B. Nak kata kacak, bolehlah masuk dalam list aku. At least, dia meletakkan effortnya untuk menulis ayat-ayat kepada aku. Aku pun tak expect dia nak balas dengan penuh semangat. Bagus, bagus. Part yang tebaik ialah, apabila dia menyanyikan aku Birthday song. Masa itu, hari jadi aku. Jadi, aku pun terkirim muffin yang aku baked dari rumah kepada dia. Alamak, memang kecohlah satu kelas kacau dia. Dia pun with the resort with his classmates, lari ke kelas aku dan nyanyi. Kamu tahu betapa riuhnya keadaan waktu itu? Aku semacam nak lari menyorok tak tahu nak letak muka dekat mana. Haish, tapi nak tegaskan di sini, betapa baiknya pen-pal aku. Nama dia Iqbal. A Kelantanese guy.

Okay, tutup kisah pen-pal. Mari kita move on cerita

2) Makan sepah, jalan senget, tidur banyak, umur 19 tahun.
Apa kau expect dari perempuan 19 tahun macam aku ni? Berjalan ayu, sambil mengelip-ngelip mata nak tunjuk kesopanan yang mungkin pada zahirnya nampak real tapi fake semata-mata. Oh tidak mungkin itu daripada aku. Untuk masa ini, belum lagi mungkin. Tapi, kau tak boleh nak judge masa hadapan jugak betul? Aku terkilan kadang-kadang bila orang expect aku baru nak ambil SPM. Aku rasa bangga lalu mengaku, ye la. Makcik dan pakcik aku (ramai jugak) dah siap-siap tanya, "Eh Diba, kau takkan takde boyfriend?" Aku, dengan muka bajet ayu, "Eh, eh, takde lagi. Busy" Bengong, aku rasa macam kepala aku dipaku-paku oleh kejadian itu. Geli tahu tak bila orang kata, "Haaa, ini dah boleh kahwin dah ni.."

Annoying jugak la, tapi nak buat apa? Biaq pi depa la noh.

Haa yang ini, aku selalu jugak terfikir, termenung.

3) Aku single, gembira dan membuka pilihan aku lebih banyak.
Bahasa lain, mungkin bunyi, I am keeping my option open. Ya, betul aku setuju sebab lelaki-lelaki kat kolej aku, macam ada yang berpotensi tapi, bila dikaji lagi perwatakan mereka, fikir 18 kali jugak la aku rasa. Memang ada yang aku minat, in fact classmate aku sendiri pelik kata aku tak minat sesiapa. Apa hal la. Aku cuba ketepikan perkara-perkara lagha macam ni, sebab sedangkan cinta aku kepada Yang Maha Esa belum sepenuhnya dikumpul, cinta ke[ada keluarga aku yang kadang kala astray sebab adik aku suka kacau aku, inikan pula cinta dari seorang lelaki yang belum tahu baik buruk keseluruhannya. Aku tend untuk kata tidak dalam perkara macam ini sebab aku tahu ada seseorang yang terbaik telah diciptakan untuk aku dan pasti aku akan bertemu dengannya. Aku tak kisah lah, kalau kau nak kata kau seorang yang sentimental atau apa-apa sahaja kau rasa. Tapi, cukuplah Allah bagiku. (9;129)

4) Menjelang hari periksa.
Hujung minggu lepas aku telah dibebel sedikit oleh parents aku, instead main dengan facebook yang aku rasa memang takde life langsung, baik aku pergi study, atau sekurang-kurangnya buang masa membebel di sini. At least, aku practice skill language aku yang semakin hari bunyi semakin dahsyat. Aku dah jadi Mentor English sekarang, jadi kenalah jaga reputation. Tengok, aku dah lari dari main agenda. Bila peperiksaan hampir tiba, aku rasa tahap kemalasan aku tak berubah, aku risau jugaklah. Tapi, lately ini, aku telah mendapat formula baru untuk membasmi kemalasan aku.

Aku mainkan movie-movie lama, macam Sepi, slow and steady. Mungkin kau boleh cuba A Walk to Remember atau Ayat-ayat Cinta. Lepas itu kau ambil la port mana-mana yang kau selesa kau tengok cerita sambil buat soalan yang agak repetitive, khasnya, Maths. 10-20 soalan aku rasa cukup. Sebab aku manage habiskan soalan yang repetitive. At least, satu, satu. Daripada kau buang masa tengok movie tanpa melakukan apa-apa senaman minda? Fikir balik.

See, mudah saja bukan?Sekurang-kurangnya, aku belajar juga. Sekarang, ucap terima kasih kepada Adibah, dan mulakan semangat azam belajar, semoga berjaya untuk minggu-minggu seterusnya (:


Aku rasa dah banyak aku berkata-kata. Cukup dulu rasanya disini. Aku rindu berbahasa baku. Mungkin akan aku perbaiki dari masa ke masa. InsyaAllah.

Wasalam.

XOXO,
Deeb (:

No comments: