Nota ini aku tujukan khas untuk sahabat-sahabat aku yang aku sayang sampai, akhirat kelak. Sahabat-sahabat yang banyak berkongsi suka, duka, tonggek, mantap dan apa-apa sahaja la. Skema eh? Aku tahu, aku memang skema pun. Memang aku paling skema, ye la, aku LDP dulu dalam kalangan korang. Poyo? Aku tahu, sebab tu aku dah insaf sekarang. Tapi aku rasa, Roro lagi skema. Sebab dia rajin study. Tak pun Qil. Takkk, aku rasa tak seorang pun skema dalam kalangan kita, kita skema bertempat. Betul tak? Dah tiga tahun. Kejap je. Esok lusa, ada orang bagi kad kahwinggg.
Wahai Daten Inc,
Ingat tak terjadinya bonding antara kita start bila? Aku tahu korang ingat. Sebab, masa kau first datang Beseri, aku, Aleen, Mole (Tiq), Sepp je lah yang suka gila. Campur sikit lah scene Laila. Aku ingat time Aleen dgn Tiq tunggu aku masa solat Maghrib kat tepi blok, sampai kena chop dgn senior. Denda time roll-call. Tapi aku bangga sebab rasa benda tu sama-sama. Sampai sekarang.
Time by time, kita gerak meluaskan empayar, kita lepak kat kelas Glorious, buat mcm port sendiri, sampai Panem naik menyampah. Masa tu classmate aku kat Noble pun aku tak kenal. Aleen lagi lah, siap kata kelas dia baik sgt. Aku rasa tak homesick langsung time tu, sbb, aku ada korang.
Itu masa SEM 1.
Tapi, masa tu gak la, aku terminat sorang mamat ni (rasa bodoh gak ah). Dulu. Lepas, aku aku rapat pulak dengan Ainun, minah ni memang suka gelak. Pun buat aku gelak. Time kat kelas pulak aku duduk sebelah minag cengeng ni, nama dia Sherry (bajet duduk London) Tak, dia mmg comel. Aku igt time sem 1 kan, masa tu buat akaun. Kelas cikgu Kasuma, tetiba budak ni nangis, TGH BUAT AKAUN kot. Aku dah blur nak buat apa. Lepas tu, cikgu datang kata "Awak, kenapa nangis?" Aku pun buat-buat baik, pujuk Sherry. Comel tak? Aku nak gelak gak masa tu, sbb aku tak HOMESICK langsung! Pelik kan?
Aku pernah gaduh dgn Aleen, sbb RoCa. Aku pernah bengang dgn Ainun sbb internal conflict, kiranya, kita semua pernah GADUH. Bukan GADUH, cuma mendekatkan diri lagi dgn each other. Kan? Aku igt semua.
Aku ingat time Aleen dgn aku naik bas dari KANGAR nak balik KL. Masa tu takde duit. Serioussss, takde, ada 2 ringgit je kot. Nasib lah, ada air mineral. Dekat R&R Bukit Gantang, kita dapat beli nasi lemak kan? Itu pun kongsi. Aku rasa tak malu pun nak cerita benda tu, sebab aku bangga time susah kita rasa sama-sama.
Aku igt lagi, masa tu bulan puasa, kat bilik Sepp. Tgh main UNO. Masa tu plak lah, Cikgu Hasmah round bilik, igt nak buat spot check, dgn gelabahnya, semua org campak kad UNO bawah tikar. Rupa-rupanya cikgu bagi kuih Moreh. Main UNO je pun, bukan POKER kad. Bengong gak lah masa tu, sebb igt tak boleh bwk UNO. Plus masa tu, aku rasa mcm malas nak gi Terawikh, pernah gak la, aku main sorok-sorok dgn korang kat bila HELL tu. Bodoh je kan? Tapi seronok aku rasa samapai la ni.
Yang paling best, time lepak kat rumah pak cik Sepp kat Kangar. Ada ke org gaji dia kata, kita menari-nari time malam tu? Tak ke bangong, tak pulak lah kita org buat tebiat nak buat kerja tak malu tu. Haishh, time tu, aku seronok sbb tgh deep crush dgn seorang mamat ni (bengonggggg gila, sbb skrg ni, aku rasa ada je org lagi bagussss dr dia. HAHAHA) Time tu, aku tgh addicted dgn lagu Hey There Delilah. Igt tak? Kalau lagu tu keluar je radio, aku jadi sengal. Kalau makan kat DS, time tu bila dah habis seboleh-boleh nak buat annoucement nak keluar DS, dgn kepoyoan bunyi kerusi.
Yang best time sahur terakhir kat DS sbb pagi tu nak blah balik KL bukak puasa dgn Pak Lah kat KLCC sbb astronaut negara. Time tu pulak laaaa aku kena interview dgn TV Jepun pastu aku ckp pasal landing kat BULAN. Aku cetek GENERAL KNOWLEDGE MASA TU. Pakai baju maktab lalu kat KLCC, sampai ada ah, makcik India ni tegur, eh, baju kamu cantik la, ada buat nasyid ka? -_-!
Itu Ramadhan pertama kat Beseri.
Nak cerita Ramadhan yang kedua, yang lebih bermakna. DGN DATEN.
Masa tu baru habis buat konsert dalam BML. Nak gi buka puasa. Semua org gelabah dah pukul 6, mknan tak ambil. Tempat tak cop lagi, sambal tak beli (masa ni semua org nak gi Cafe). Lepas tu, aku , Aleen, Panem kot gi Cafe. Ball (head of Daten) haaaaaa, time ni lah establish nnye nama Datin inc. Siap ada TAG MEJA : DATIN INC. Aku rasa macam "lame" lah first-first tu, tapi lama-lama, semua org tahu, tempat tu, tempat Datin. Sampai Rahim pun tahu, Cikgu Rodzi pun tahu. Ramadhan masa tu tough jugak. Sebab masa tu nak Trial. Semua org pulun studyyy. Aku pun. BML, sarang kami.
Aku igt, masa sahur, setiap sahur. Aku suruh Ball kejut aku. Sebab aku tahu kalau dia kejut aku akua mesti bgun, sebab apa? sebab suara dia yang " ADIBAAAAAAAAH, BANGUN CEPATTTTTTTT, SAHUUUUUUUR!!!" Selagi aku tak bgn, selagi tu suara dia akan memekak mcm haish. Aku mesti kena bangun. Tak pun dia akan straight forward gi katil aku, gegar aku. Aku igt lagi time tu, Yani, Ball kejut aku, sebab apa? Sebab nak tgk SEPUTEH QASEH RAMADHAN. Sebab nak tgk FAHRIN AHMAD. Masa sahur plak, org pertama samapi kitaorg, org terakhir blah, pun kitaorg. Siap kutuk ARASH MOHD sebab jadi suami DAYUS, IFA RAZIAH sebab jadi PEREMPUAN SETAN, aku igt lagi. Time aku kata FAHRIN bengong sebab pilih janda org. Macam takde perempuan lain. Aku igt.
Aku igt lagi, kalau time buka, semua org akan beli lauk, pastu sharee. Lagi-lagi Yan, tak pun Tiq, sebab dia suka telur. Aku igt masa tu semua mata ngerling kat meja kita sebab kita paling bising. Bising sgt. Aku rasa dorang jealous. Lagi-lagi geng MAMA HOT. Hahaha, bengong. Aku ingat lagi ada satu buka puasa tu, Aleen, dgn Yani, Ainun! Nyanyi lagu Celine Dion. Bapak doh kuat sampai Cikgu Nik dengar. Dgn LDP-LDP pun kena ketuk ketampi. HAMPEH BETUL! Aku ingat lagi, kalau time tu Cikgu Hafizi yang jadi IMAM, memang kita masakkk, menghadapi tajwid bacaan dia yang dalam tu. Aku ingat lagi, lepas tu, moreh ramai-ramai kat bilik Roro, Ball, Ika, dgn Que. Kita memang selalu sama-sama. Sampai waktu EEG, pun nak duduk sesama, tak nak duduk dgn kelas.
Aku takde waktu ini. Bertugas. Haha, aku LDP wei.
Si Tonggek dan Si Cunnn. <3
Minggu SPM. Mak Que masak Bihun Sup. Kami dapat Muruku freee.
Raya terakhir di Beseri. Tema - Putih. Idea aku kot.
Riadah kami.
Annual dinner yang tak seberapa. SEMUA NAK CUNN. Haha.
The portrait :) Epic.
Buka Puasa Perdana. Muka 16 tahun. Rinduuu ahhh.
Raya pertama kami di Beseri. Tema hitam. Idea aku jugak.
Masa cikgu bagi talk pun, boleh pulak ambil gambar kat belakang. Aku ingat.
Masa raya? Aku sambung nanti lah.
Aku syg korang, rinduuuuuu.
Deebs is welcoming the Holy month of Ramadhan. Alhamdulilah, I'm greeting you again. May this month of blessing will purify our Ibadah and the love towards the Almighty. InsyaAllah. Semoga Allah memimpin kita semua.
Mode : Shopping sampai sakit kaki.